Followers

June 25, 2014

Posted by reza ahmad | File under :




Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar
Ketua Pengarah Penjara Malaysia
kredit to 
http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/hijau/kjeneral
dup..dap..dup...dap menaip ni ha.. sok je ha inteview

TEMPAT : 

PENJARA KAJANG (C) 
KOMPLEKS PENJARA KAJANG, 

43000 KAJANG 
W.P. PUTRAJAYA 

dok search2 blog orang tengok apa maklumat yang dapt... malas nak taip pepanjang cuma nak share ape yg aku x tw (smua soalan dan jawapan berdasarkan apa yang aku search) kalau salah jgn maraaa aaa.. :D (kalau salah sila betulkan ye) just nak share

1. pakaian masa nak pergi? baju sukan terus dari pagi
2. ada ujian lain ke slain kcrgasan? ujian on9 pada diadakan pada 1hb x sialap bagi yang berjaya (1st time ujian on9 sebelum ni xpernah)
3. ni saya ambil dari blog http://ikachenta.blogspot.com


"sampai la di hari kejadiannn..

sampai tu, register. pastu ade taklimat. katenye dalam 1 malaysia ni dia panggil 21ribu orang, tapi yang dia nak pakai dalam 198 orang je. perempuan dalam 30 orang je.. ika rasa memang awal-awal dah kena kick la kot.. hee..

okayy, 1st, dia panggil nama. masuk dalam cam dewan la. dia memang dah separatekan laki and pempuan. pastu dia amik berat, ukur tinggi, kira bmi, cek mata rabun ke tak, cek mata buta warna ke tak. 2nd, dia panggil kat satu sudut, dia suh bukak tudung, dia suh luruskan tangan, rapatkan tumit, luruskan tangan ke depan. 3rd, dia suh beratur melintang, pastu dia suh berjalan. pastu suh cam kawad sikit-sikit (time ni la dia tengok tangan lurus ke tak, pastu tengok bahu senget ke takk). time ni, tinggal 6 orang je pempuan. last, dia suh lompat setempat 162cm. ade 3 kali percubaan. dah la ika yang 1st dipanggil. wuu... seram woo.. pastu, kena lari 4x10m dalam masa 13saat. pastu, kena sit up. kena buat 28kali dalam mase 2min. tp alhamdulillah lepas.. dah setel sume tu, kul 11am. pastu pegawai tu bagi kitorang rehat, suh makan-makan dulu, sebab pastu kena lari 2.4km!! kul 12 berkumpul balik.

kul 12 tu, kitorang ber6 kena lari kat padang bola 6 round. ika sempat makan roti ngan minum air sikit. mula-mula buat stretching. pastu 1 round, 2 round, 3 round, dan seterusnya. dalam masa 17min tauuu..

sekarang ni, badan sume sakit-sakit. nak angkat kaki sendiri pun tak larat. jalan selow-selow je.. nak batuk pun sopan-sopan je.  kalau jumpa bakal mak mtua time-time ni, mesti tak kena reject. nak gerak sikit pun adududuuu..heee.. sekarang ni get ready untuk next stage. doakan saya yee kawan-kawaaannn... :)"


mmg agak mnakutkan la jugak, aku ni ha smua rase xde mslh, tang mata je yang menakutkan sikit ni.. nak taip lebih da celaru da.. errr.. dup dap dup dap je.. err.. kalau ade pengalaman sila la share ye...

doakan saya berjaya ye.. harap ada la rezeki... doa banyk2.. :)

June 22, 2014

Posted by reza ahmad | File under :
dah lama tak berblog ni.. kawan2 pon tah kmana... pastu pejam mata jap je da nak puasa da, dijagkakan puasa 29 ni, hr ni pon da pon 22 da.. sedih je puasa sorang2 kat perantauan ni.. da brapa bulan tak balik, bukan tak mau balik, banyak kekangan yang ada. sedih tgk org lain balik kg, aku pon ingn nak balik juga... tak pela raya jela nanti... sejak 3 bulan kebelakangan ni memang banyka dugaan yang ALLAH bagi, kalau nk ngs da lama da nangis..hehe.. same tu dok dengar lagu nak pose ni layan feeling jugak la..


puasa ni kompem x dapt balik.. sdhnyer.. ingin nk pose ngn keluarga kat johor tu, ingat kalau buka puasa mesti ade air cincau, kalau aku ade biasanya aku yang akan buat air tu, kol 6 dekat2 nak buka puasa aku ladok g dapur, dok cincang2 cincau tu pakai pisau sampai hantur, pastu buh dalam jag besar, capur gula, kalau ade ais tambah skali, sdp wooo puasa2 minum air batu, yumyy2 kate org, pastu wajib ade mee goreng

biasanya beli mee lambak RM1.00
 pastu wajib ade karipap lagi best, perghh...

karipap 3 sehengget
pastu ngn cincau lak ngn teh panas...

meleleh tgk

air teh mak buat
tapi smua tu angan2 aku jela.. dok kat perantauan ni buka pon air biasa je, nak kena jimat kali ni, aku dok bebel pon bukan ade sape bace pon... haha.. yela kan da lama x tulis.. tp serius sedih. yela mak abah abg kat kg, ingn nak buka sama, sahur sama, aku tau dugaan aku sejak akhr2 sebab ni ujian untuk aku, in sy allah nanti ade ganjaran lagii besar untk aku, so kne la sabr.. zaman belajar ngn zaman kerja lain die punya sdh.. sumpah belajar lagi best... aku harap kesusahan aku ni berakhr cpt.. kdg pk x larat da camni.. cuma sllu pk +ve.. tiap jadi ada hikmah.. kan kan kan? sape la aku tanye.. mmg sampai kesudah xde sape jwb.. hehe.. k la selamat berpuasa lagi dalamm 6 hari je lagi.. papepon syukur ALLAH panjagkn usia nk hadap lg 1 ramadhan.. in sya ALLAH tambah lagi amal ibadat ye korang.. :)

June 16, 2014

Posted by reza ahmad |
tajuk cm pelik je kan? hehe, saje nak promot aku punya fb baru, ksian baru ade sikit like, korang tolong la like sikit, (bukan batak like) membantu namanya :P aku kumpulkn koleksi design yang aku pernah buat, ada banyak lagi tapi banyk da hilang camni ni rupa monyet aku tu 





mana la tau korang berminat nak design apa-apa ke, aku boleh bagi harga baikk punya, kalau nk design header blog pon boleh, nak design kad kahwin pon boleh, design tshirt pon boleh juga, serendah RM10 je aku cas, nak tau lebih lanjut bole pm fb aku kat sini
F1 uitm
rekaan logo

design tshirt
sticker


la ni aku ada buat promosi design header RM10 je, mai2 cepat pm creative monkey



Posted by reza ahmad |
assalamualaikum w.b.t

skang ni perodua ade lancarkan skim wtaspp perodua, benda ni bukan baru la, nak kata lama pon tak jugak, dalam pengalaman aku la sebelum ni masa nak beli kereta punya la payah, canang sana ke mari janji ade slip keje 1st, kalau tak ada slip kerja kena ada surat lantikkan kerja, kerja sehari pon boleh katanya (mata ke atas tangan ke bahu)

pengalaman aku nak beli kereta hampir 7 bulan apply kereta tak lepas-lepas, bukan sebab syarikat kereta yang masalah, tapi yang bermasalah tu salessman tu sendiri,
antara alasan yang aku terima masa nak apply kete:
1. saya tak reti bukak file awak la (email)
2. saya dah dapat file awak nanti saya applykan loan, lepas sebulan call salessman tu cakap file corrupt, kenapa tak cakap awal-awal kena tunggu call baru nak cakap
3. ada pulak ni kata boleh buat. pasti akan berja loan anda dalam sehari, last2 dia kata ada masalah kes awak ni kena rujuk di melaka (padahal kata apply bank di selangor/kl) logik ke?
4. ada jenis yang kata boleh buat bila call buat tak tau pulak lagi hampeh

janji manismu
antara sebab loan gagal diproses (pengalaman aku)
1.dokumen tak lengkap, kadang slip gaji tak ada
2.gaji kecik sangat pun payah nak apply kete bagus, ni tangga gaji yang melayakkan korang beli kereta:
GAJI ANGGARAN MINIMUM UNTUK BELI KERETA

PERODUA

VIVA - RM 1500 (confirm lepas loan)

MYVI - RM 1800 (confirm lepas loan)

ALZA - RM 2100 (confirm lepas loan)

PROTON (lihat cara kiraan gaji dibawah)

CARA KIRAAN GAJI MENGIKUT HARGA KERETA

Contoh bayaran bulanan kereta - RM 500

Minimum gaji - RM 500 x 3 atau 4 = RM 1500 (gaji bersih)

Bank statement / slip gaji mestilah bersih RM 1500 (termasuk OT, komisen dan lain2)


kalau gaji tak memuaskan tu biasanya kena ada penjamin la, untuk skim graduate ni stau aku la kan kene ada pnjamin mmg wajib sbb korang pon baru abis belaja kn keje pon xde lagi cane nak baya sendiri.

biasanya yang memudahkan korang apply kete tu dalam tempoh beberapa hari je da lulus loan sebab korang punya gaji bagus, korang kerja kerajaan, korang kerja syarikat besar2, kadang kalau kerja syarikat kecik2 susah nk apply loan takot bank tu tak caya korang punya majikan mampu baya gaji korang, kalau majikan tak baya gaji bermakna sapa nak baya semula pinjamn kereta korang kan?

bagi yang berminat apply kereta kena la tau dokumen yang wajib ada.

Kerja Kerajaan/Swasta

1- Kad Pengenalan
2- Lesen Memandu
3- Slip Gaji 3 Bulan (Terkini)
4- Penyata Bank 3 Bulan atau KWSP

Kerja Sendiri/Berniaga

1- Kad Pengenalan
2- Lesen Memandu
3- Sijil SSM
4- Penyata Bank 6 Bulan

Skim Graduan

A) Telah Bekerja
1- Kad Pengenalan
2- Lesen Memandu
3- Transkrip Diploma/Ijazah
4- Surat Tawaran Kerja
5- Slip Gaji (Min. Sebulan)
6- Penyata Bank atau KWSP
*Jika tiada slip gaji, cukup dengan surat tawaran kerja.

B) Masih Belajar
1- Kad Pengenalan
2- Lesen Memandu
3- Kad Pelajar
4- Dokumen Penjamin (Rujuk dokumen bertanda #)
*Penjamin mesti bapa/ibu


yang paling penting mesti pilih salessman yang bagus, kalau salessman tak bagus sampai ke sudah la korang tunggu loan mmg takkan lepas walaupun gaji korang sebulan 10k.

dan jugak jangan apply banyk sangat dengan ramai salessman, aku da tekena, apply kat ramai salessman, sampai kesudah diorang tak boleh buat, so aku cari lain pulak, ingtakan lagi bagus, rupanya bertindih apply loan so akan makin menyusahkan.

aku ni tak de la terer sangat bab2 apply loan ni tapi ade pengalaman kena tipu banyka kali, so serba sikit da tau la apa yang boleh n ape yg tak boleh.

yang latest ni promosi rebat viva:
viva850 manual RM2500
viva 1.0 standard RM500
viva 1.0 elite auto RM3000

nak raya ni cepat la mngodernya, aku bukan salessman, tapi kalau korang nak tanya aku bole tolong carikkan salessman yang bagus.. kalau raya naik kete baru lg best kan? ape lagi mohh apply loan..:D

hijau katak pisang

hijau la jugak

jambuu

model baru

hijau epal ke?

promosi pelajar


peringatan aku sebab dah terkena, jangan apply kat ramai salessman, cari yang betul2, kang samapi kesudah nak raya habuk pun tadak, aku apply tahun lepas bulan 6, bulan 1 baru dapt kereta, kan ke hebat tu salessman aku. aiyoo..

kalau rase nak beli kete ke bole singgah sini