Followers

June 16, 2014

Posted by reza ahmad |
assalamualaikum w.b.t

skang ni perodua ade lancarkan skim wtaspp perodua, benda ni bukan baru la, nak kata lama pon tak jugak, dalam pengalaman aku la sebelum ni masa nak beli kereta punya la payah, canang sana ke mari janji ade slip keje 1st, kalau tak ada slip kerja kena ada surat lantikkan kerja, kerja sehari pon boleh katanya (mata ke atas tangan ke bahu)

pengalaman aku nak beli kereta hampir 7 bulan apply kereta tak lepas-lepas, bukan sebab syarikat kereta yang masalah, tapi yang bermasalah tu salessman tu sendiri,
antara alasan yang aku terima masa nak apply kete:
1. saya tak reti bukak file awak la (email)
2. saya dah dapat file awak nanti saya applykan loan, lepas sebulan call salessman tu cakap file corrupt, kenapa tak cakap awal-awal kena tunggu call baru nak cakap
3. ada pulak ni kata boleh buat. pasti akan berja loan anda dalam sehari, last2 dia kata ada masalah kes awak ni kena rujuk di melaka (padahal kata apply bank di selangor/kl) logik ke?
4. ada jenis yang kata boleh buat bila call buat tak tau pulak lagi hampeh

janji manismu
antara sebab loan gagal diproses (pengalaman aku)
1.dokumen tak lengkap, kadang slip gaji tak ada
2.gaji kecik sangat pun payah nak apply kete bagus, ni tangga gaji yang melayakkan korang beli kereta:
GAJI ANGGARAN MINIMUM UNTUK BELI KERETA

PERODUA

VIVA - RM 1500 (confirm lepas loan)

MYVI - RM 1800 (confirm lepas loan)

ALZA - RM 2100 (confirm lepas loan)

PROTON (lihat cara kiraan gaji dibawah)

CARA KIRAAN GAJI MENGIKUT HARGA KERETA

Contoh bayaran bulanan kereta - RM 500

Minimum gaji - RM 500 x 3 atau 4 = RM 1500 (gaji bersih)

Bank statement / slip gaji mestilah bersih RM 1500 (termasuk OT, komisen dan lain2)


kalau gaji tak memuaskan tu biasanya kena ada penjamin la, untuk skim graduate ni stau aku la kan kene ada pnjamin mmg wajib sbb korang pon baru abis belaja kn keje pon xde lagi cane nak baya sendiri.

biasanya yang memudahkan korang apply kete tu dalam tempoh beberapa hari je da lulus loan sebab korang punya gaji bagus, korang kerja kerajaan, korang kerja syarikat besar2, kadang kalau kerja syarikat kecik2 susah nk apply loan takot bank tu tak caya korang punya majikan mampu baya gaji korang, kalau majikan tak baya gaji bermakna sapa nak baya semula pinjamn kereta korang kan?

bagi yang berminat apply kereta kena la tau dokumen yang wajib ada.

Kerja Kerajaan/Swasta

1- Kad Pengenalan
2- Lesen Memandu
3- Slip Gaji 3 Bulan (Terkini)
4- Penyata Bank 3 Bulan atau KWSP

Kerja Sendiri/Berniaga

1- Kad Pengenalan
2- Lesen Memandu
3- Sijil SSM
4- Penyata Bank 6 Bulan

Skim Graduan

A) Telah Bekerja
1- Kad Pengenalan
2- Lesen Memandu
3- Transkrip Diploma/Ijazah
4- Surat Tawaran Kerja
5- Slip Gaji (Min. Sebulan)
6- Penyata Bank atau KWSP
*Jika tiada slip gaji, cukup dengan surat tawaran kerja.

B) Masih Belajar
1- Kad Pengenalan
2- Lesen Memandu
3- Kad Pelajar
4- Dokumen Penjamin (Rujuk dokumen bertanda #)
*Penjamin mesti bapa/ibu


yang paling penting mesti pilih salessman yang bagus, kalau salessman tak bagus sampai ke sudah la korang tunggu loan mmg takkan lepas walaupun gaji korang sebulan 10k.

dan jugak jangan apply banyk sangat dengan ramai salessman, aku da tekena, apply kat ramai salessman, sampai kesudah diorang tak boleh buat, so aku cari lain pulak, ingtakan lagi bagus, rupanya bertindih apply loan so akan makin menyusahkan.

aku ni tak de la terer sangat bab2 apply loan ni tapi ade pengalaman kena tipu banyka kali, so serba sikit da tau la apa yang boleh n ape yg tak boleh.

yang latest ni promosi rebat viva:
viva850 manual RM2500
viva 1.0 standard RM500
viva 1.0 elite auto RM3000

nak raya ni cepat la mngodernya, aku bukan salessman, tapi kalau korang nak tanya aku bole tolong carikkan salessman yang bagus.. kalau raya naik kete baru lg best kan? ape lagi mohh apply loan..:D

hijau katak pisang

hijau la jugak

jambuu

model baru

hijau epal ke?

promosi pelajar


peringatan aku sebab dah terkena, jangan apply kat ramai salessman, cari yang betul2, kang samapi kesudah nak raya habuk pun tadak, aku apply tahun lepas bulan 6, bulan 1 baru dapt kereta, kan ke hebat tu salessman aku. aiyoo..

kalau rase nak beli kete ke bole singgah sini







0 comments: